Pelajar Tingkatan Dua SM Sains Banting meninggal dunia

7 May 2025 • 5:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Safiah Nafisah meninggal dunia pada pagi Rabu.

SHAH ALAM - Seluruh warga Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor berasa hiba selepas menerima berita pemergian salah seorang pelajar mereka, Safiah Nafisah Muddatstsir.

Berita kematian Allahyarham yang merupakan pelajar Tingkatan Dua itu dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Menerusi hantaran tersebut, pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya pada Rabu.

Pihak sekolah turut memaklumkan bahawa jenazah akan disemadikan di Presint 20, Putrajaya.

“Salam takziah kepada seluruh warga sekolah. Al-Fatihah,” ujar kenyataan itu.