Polis siasat dakwaan pelajar lelaki tingkatan dua dibuli di Subang Jaya

6 May 2025 • 8:27 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 6 MEI: Polis menyiasat dakwaan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang menjadi mangsa buli dan pukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ 4 dekat sini sejak bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan daripada bapa mangsa yang berusia 43 tahun Jumaat lepas setelah mengetahui kejadian itu sudah berlaku berulang kali kepada anaknya.

Beliau berkata mangsa memaklumkan bapanya pada 2.30 petang hari yang sama dengan mendakwa dia telah dipukul oleh seorang pelajar di sekolah berkenaan.

“Pada Selasa lepas, semasa mangsa berada di kelas, seorang pelajar telah datang dan terus menumbuk mukanya.

“Kejadian kedua berlaku pada Jumaat lepas dan mangsa menyatakan bahawa telah datang tiga lagi pelajar di sekolah itu yang menolak pengadu hingga berlaku pergelutan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved