Pelajar Tingkatan Empat Di Kemaman Sawan, Kini Kritikal Akibat Hisap Vape ‘Magic Mushroom’

29 Jul 2024 • 3:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kemaman, Terengganu dijumpai tidak sedarkan diri di perkarangan sekolah.

Pelajar berusia 16 tahun tersebut ditemui begitu pada Isnin lalu dipercayai kerana menghisap rokok elektronik atau vape jenis ‘magic mushroom’ secara berlebihan.

image is not available

Menurut sumber, seorang murid ternampak kejadian itu pada jam 10.30 pagi dan memaklumkan kepada guru.

Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan oleh bapanya sebelum dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami sawan kritikal berpunca dari pengambilan perisa bahan kimia yang berbahaya itu secara berlebihan.

Sumber turut mengatakan kegiatan menghisap vape dalam kalangan pelajar di sekolah terbabit mula aktif sejak tiga tahun lalu dan kini berada pada tahap membimbangkan.

image is not available

Pelajar itu kini masih dirawat di hospital dan keluarganya telah pun membuat satu laporan polis pada Jumaat lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

Netizen Berang Mesin Layan Diri ‘Vape’ Diletak Dalam Pusat Beli Belah, Remaja Bawah Umur Pun Boleh Beli