Pelajar tingkatan empat maut, motosikal dirempuh Proton Wira

23 Jul 2026 • 12:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar tingkatan empat maut, motosikal dirempuh Proton Wira

SETIU – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik di sini maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta Proton Wira yang terbabas di Jalan Kampung Mangkuk di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.50 malam itu, mangsa, Che Muhammad Alif Ikhwan Che Amat, 16, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, remaja itu dikatakan dalam ke Kampung Penarik di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda AFS110 yang ditunggangi mangsa (Che Muhammad Alif Ikhwan) dikatakan telah dirempuh sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.

“Kereta dari arah Kampung Penarik itu dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Zahril Asri berkata, pegawai perubatan mengesahkan Che Muhammad Alif Ikhwan telah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pemandu kereta Proton Wira yang cedera juga dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar tingkatan empat maut, motosikal dirempuh Proton Wira appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved