Pelajar Tingkatan Satu dipukul di sekolah lapor polis

17 Sep 2023 • 4:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA NERUS, 17 SEPT: Polis menerima laporan membabitkan pelajar Tingkatan Satu yang dipercayai dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah di daerah ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan punca yang menyebabkan mangsa dipukul juga masih dalam siasatan.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa didatangi tiga pelajar yang mencari rakan mangsa, mangsa memberitahu tidak tahu, selain meminta mereka tidak memukul dalam kawasan sekolah.

“Bagaimanapun, suspek bertindak memukul mangsa dengan menendang muka dan badan,” katanya dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Abdul Rahim berkata, guru yang menyedari kejadian yang berlaku dalam kawasan sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.

Semalam, media melaporkan tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pelajar dipukul dan dipijak sekumpulan pelajar lain hingga sesak nafas.

Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu membabitkan pelajar Tingkatan Satu dipukul pelajar Tingkatan Dua sekolah sama.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) turut mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved