Pelajar Tingkatan Tiga Maut Dirempuh Kereta Pada Hari Pertama Persekolahan

11 Jan 2026 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hasrat seorang pelajar Tingkatan Tiga untuk memulakan sesi persekolahan baharu berakhir tragedi apabila maut dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, Kuala Terengganu, pagi Sabtu.

Mangsa, Noor Hazimi Noor Hashim, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.55 pagi ketika mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dari arah Caltex Pengadang Baru.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang bergerak lurus dirempuh sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Menurut beliau, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Noor Hashim Puteh, 55, berkata anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengisi minyak sebelum bercadang mengambil adik perempuannya untuk ke sekolah bersama.

“Saya keluar rumah kira-kira jam 6.35 pagi dan menerima panggilan setengah jam kemudian.

“Memang tak sangka kerana arwah sudah biasa ke sekolah dengan motosikal,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.