Pelajar Tingkatan Tiga parah jatuh bangunan sekolah

6 Jan 2023 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang pelajar lelaki parah dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.

SEPANG - Seorang pelajar parah dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di bahagian kepala.

Menurutnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya dengan ambulans pada jam 10.25 pagi.

"Mangsa dalam kejadian ini adalah pelajar lelaki Tingkatan Tiga berusia 15 tahun.

"Tiada unsur jenayah dalam kes ini. Mangsa kini berada di Zon Merah Hospital Putrajaya dalam keadaan tidak sedar dan kritikal," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved