Pelajar trauma lihat guru ditembak mati depan mata

8 Aug 2026 • 2:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar trauma lihat guru ditembak mati depan mata

BANGKOK: Seorang pelajar mengakui masih trauma selepas menyaksikan sendiri gurunya ditembak mati dalam insiden serangan ngeri di sebuah sekolah di Nonthaburi, Thailand yang mengorbankan lapan nyawa dan mencederakan puluhan yang lain semalam.

“Saya berdiri di hadapan guru itu ketika beliau ditembak. Guru sedang bercakap dengan saya ketika penembak itu muncul,” kata seorang pelajar tingkatan satu kepada BBC berhampiran pintu pagar Sekolah Debsirin di Nonthaburi.

Ditemani ibunya, pelajar itu menceritakan bagaimana penyerang bergerak dari satu bilik ke satu bilik sambil memburu mangsa.

Pihak berkuasa berkata, penyerang membunuh lima guru dan mencederakan 23 orang, termasuk pelajar lain, sebelum mengacukan senjata itu kepada dirinya sendiri. Sebelum itu, dia telah menembak mati datuk dan neneknya.

“Saya terpaksa memanjat pagar sekolah untuk melarikan diri bersama beberapa rakan lain. Saya sangka saya mungkin tidak akan dapat berjumpa ibu lagi,” kata pelajar itu, yang identitinya tidak didedahkan.

Pegawai forensik mendapati tembakan penyerang agak tepat, dengan beberapa das mengenai bahagian penting pada tubuh mangsa.

Menurut media tempatan, polis memeriksa peranti milik suspek dan menemui beberapa video berkaitan kejadian tembakan di sekolah di Amerika Syarikat (AS).

Ahli keluarga dalam laporan media tempatan menyifatkan remaja itu sebagai seorang yang pelajar yang baik, pendiam, tidak agresif dan mempunyai pencapaian akademik yang baik.

Bapa saudaranya memberitahu media Thailand, remaja itu banyak menghabiskan masa di dalam bilik bermain permainan video berunsur ganas dan jarang keluar rumah. Malah, tiada petunjuk remaja itu merancang untuk melakukan serangan tersebut.

Penyerang itu tinggal bersama datuk dan neneknya selepas ibu bapanya bercerai.-AGENSI

The post Pelajar trauma lihat guru ditembak mati depan mata appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved