“Sudah Tiba Masanya” – Asyraf Wajdi Cadang Akta Perlindungan Guru Lindungi Tindakan Berasaskan Prosedur

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 1:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan sudah tiba masanya Akta Perlindungan Guru digubal bagi melindungi guru yang menjalankan tugas dengan niat baik, secara munasabah dan mengikut prosedur ketika mengawal disiplin serta menjaga keselamatan pelajar.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, beliau berkata cadangan mewujudkan akta tersebut sering dibangkitkan susulan kebimbangan ramai bahawa guru kini semakin terdedah kepada tindakan undang-undang, ancaman dan tekanan ketika melaksanakan tanggungjawab mereka.

Advertisement

“Guru sering membuat keputusan serta-merta untuk mengawal disiplin, keselamatan atau kecemasan.”

“Antara rasional utama penggubalan akta ini adalah untuk melindungi guru yang bertindak mengikut prosedur.”

“Jika tindakan dibuat mengikut undang-undang dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mereka tidak seharusnya mudah dikenakan tindakan sivil atau jenayah semata-mata kerana tidak berpuas hati,” katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, akta tersebut juga mampu mengurangkan budaya litigasi apabila semakin banyak pertikaian melibatkan sekolah dibawa ke mahkamah, selain mewujudkan mekanisme penyelesaian awal seperti siasatan atau proses mediasi sebelum tindakan undang-undang diambil.

Asyraf wajdi

Beliau turut mencadangkan supaya Akta Perlindungan Guru memperuntukkan bantuan guaman atau indemniti kerajaan kepada guru yang bertindak dalam ruang lingkup tugas rasmi kerana masih ramai yang terpaksa menanggung kos guaman sendiri apabila berdepan tindakan mahkamah.

Katanya lagi, perlindungan undang-undang itu penting bagi meningkatkan keyakinan guru untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut disaman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anwar ibrahim2026-07-15 15:46:58

(Network School) : Kerajaan Akan Usir Segera Rakyat Isr*el Miliki 'Dual Pasport' - PMX

The post “Sudah Tiba Masanya” – Asyraf Wajdi Cadang Akta Perlindungan Guru Lindungi Tindakan Berasaskan Prosedur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved