
Apabila masuk ke alam universiti, ada sahaja cara kreatif yang pelajar perlu fikirkan untuk ‘hidup’ antaranya dengan memasak menggunakan periuk nasi dan macam-macam lagilah.
Namun, cara yang ditunjukkan oleh seorang pelajar lelaki dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini mendapat perhatian netizen selepas ia dikongsikan di TikTok.
Masak mi dengan cara kreatif
Menerusi rakaman pendek itu, pelajar tersebut dilihat memegang seterika yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
Dia kemudian menuang air pada bahagian besi seterika dan kemudian mengalir jatuh ke dalam mangkuk berisi mi segera.
Tambah pelajar terbabit, selepas mencurahkan air dengan cara tersebut mi segera itu mengambil masa 3 minit untuk lembut sepenuhnya.
Bagaimanapun, pelajar itu berkata seterika yang digunakannya adalah baru dan tidak pernah digunakan untuk menggosok baju sebelum ini.
By the way, ini seterika baru ye. Korang jangan cuba guna seterika karat pula.
@123abcdef.u Nak saving sgt #xyzbca #iium #fypシ #fyp ♬ original sound – Saham Akhirat.
Dapat zat besi lebih
Video itu mendapat perhatian warganet di mana segelintir berkata cara tersebut memang digunakan oleh kebanyakan pelajar yang duduk asrama.
Dapat zat besi lebih ni….
Namun, ramai yang sempat mengaitkannya dengan kes buli dahsyat yang membabitkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Lelaki Cadangkan Syarikat Beras, Jual Nasi Putih ‘Ready To Eat’ Di Kedai Serbaneka 24 Jam - “Target Market Student Duduk Asrama”
The post Pelajar UIA Tunjuk Cara Kreatif Guna ‘Iron’ Untuk Masak Mi Segera, Raih Perhatian Netizen – “Jangan Guna Seterika Karat Pulak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



