Pelajar UM Meninggal Dunia Jatuh Bangunan Kolej Kediaman, Punca Masih Disiasat

17 Oct 2025 • 10:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan di Blok Zainab, Kolej Kediaman 13, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Pihak polis masih berada di lokasi kejadian bagi melengkapkan siasatan dan proses bedah siasat oleh pihak patologi PPUM dijangka dijalankan malam ini.
“Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan sebarang kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan di lokasi kejadian selesai.
“Polis juga setakat ini masih tidak dapat mengesahkan lagi mangsa jatuh dari tingkat berapa bangunan kediaman berkenaan,” katanya.

image is not available

Pelajar UM Meninggal Dunia Jatuh Bangunan Kolej Kediaman

Mangsa, Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, 22, yang juga pelajar Sains Gunaan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam UM, ditemui terbaring di bawah blok kediamannya sekitar jam 3.15 petang.

image is not available

Mangsa kemudian dikejarkan ke PPUM untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Sementara itu, Pihak Pengurusan UM dalam kenyataan memaklumkan seluruh warga universiti menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar berkenaan.

“Seluruh warga UM menzahirkan rasa sedih dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham.
“Pihak universiti melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang menyalurkan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham.
“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan,”ujar pihak pengurusan UM.

image is not available

Difahamkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.