Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kolej Kediaman UniCiti Alam kini berada dalam keadaan terabai apabila terpaksa hidup tanpa bekalan air bersih selama hampir dua minggu.
Gangguan ini bukan sahaja mengganggu rutin harian, malah menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka.
Takdak ayaqq 5hari dah #unimap #unicitialam #kpua
Menurut laporan Portal MyBerita, masalah ini telah berlarutan sejak awal April. Pelajar mendakwa mereka terpaksa berulang-alik dari tingkat atas ke bawah hanya untuk mendapatkan sedikit air
Masalah air ini menambah tekanan terutama bagi pelajar tahun akhir yang sedang sibuk dengan tugasan serta persiapan peperiksaan akhir semester.
- ‘Malaysia akan capai kejayaan lebih cemerlang di bawah Kepimpinan Sultan Ibrahim dan Anwar’ – Xi Jinping
- Abby Abadi hairan kenapa dia perlu minta maaf, persoal kenapa bukan Aslam?
- MRSM Ulul Albab Kepala Batas akan ditukar nama kepada MRSM Tun Abdullah Badawi
- AS kenakan tarif balas hingga 245% terhadap barangan China
- Prasarana tarik balik iklan tren Rapid KL selepas visualnya dikecam netizen
Menurut pelajar, bantuan bekalan air hanya tiba pada 14 April, namun airnya keruh dan tidak sesuai untuk digunakan bagi tujuan memasak, makan, atau minum.
Pelajar juga tidak dibekalkan maklumat yang jelas tentang status pembelajaran, sama ada kelas akan diteruskan secara bersemuka atau dialihkan ke platform dalam talian buat sementara waktu.
Lebih mengecewakan, pihak pengurusan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau pelan tindakan jangka pendek dan panjang bagi menyelesaikan krisis ini. Pelajar berharap pihak universiti lebih proaktif dan telus dalam menangani isu kebajikan pelajar.
Tinjauan juga mendapati beberapa pelajar telah memilih untuk pulang ke kampung atau menumpang rakan di luar kampus kerana tidak sanggup berdepan situasi sebegini lebih lama.
Insiden ini sekali lagi membuka perdebatan mengenai kecekapan pengurusan kemudahan di institusi pengajian tinggi. Bagi pelajar UniMAP, mereka hanya mahukan hak asas dipenuhi iaitu air bersih yang cukup untuk hidup dan belajar dengan selesa.
Isu gangguan bekalan air di institusi pengajian tinggi bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga menghadapi masalah serupa, yang menjejaskan tumpuan mereka terhadap pembelajaran.
The post Pelajar UniMAP mengeluh, dua minggu hidup tanpa bekalan air bersih appeared first on The Reporter.


