Pelajar UPSI Kemalangan Kongsi 2 Adik Sanggup Tolak Tawaran Universiti Untuk Tanggung Kakak Belajar [Video]

LocalFamily & Parenting
10 Jun 2025 • 10:29 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tragedi nahas sebuah bas persiaran yang membawa 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah Perodua Alza kira-kira jam 1.10 pagi semalam (9 Jun) nyata menyentuh hati ramai pihak.

Manakan tidak, seramai 15 orang pelajar terkorban dalam kejadian yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak itu.

Manakala, 27 pelajar yang menjadi mangsa nahas tersebut cedera dan masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.

Namun di sebalik kejadian menyedihkan itu, tersingkap kisah lain yang turut menyentuh jiwa mereka yang mendengar.

Bapa Dah Meninggal & Ibu Pula Sakit Hingga Tak Mampu Bekerja

Semalam (9 Jun), tular di media sosial video temu bual di antara Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama salah seorang mangsa tragedi berkenaan, Nur Ain Najwa.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Asyraf Wajdi, beliau bertanyakan latar belakang Ain ketika melakukan lawatan di Hospital Gerik.

Apa yang menjadi perhatian adalah Ain rupanya telah kehilangan bapa manakala si ibu pula kini sakit dan mengalami kesukaran untuk bekerja.

Adik Sanggup Tolak Tawaran Universiti Untuk Tanggung Kakak

Lebih menyentuh hati, adik kembar Ain sanggup menolak tawaran universiti semata-mata mahu menanggung pengajiannya di UPSI.

“Adik sambung hari itu, tapi berhenti sekejap. Sebab saya sambung (belajar). Kembar. Seorang diploma, sorang (sambung) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dapat universiti tapi hold dulu.

“Nak kakak belajar dulu,” katanya.

Dakwa Ain lagi, adik-adiknya juga dikatakan mahu mencari pengalaman kerja terlebih dahulu.

Difahamkan, kedua-duanya mendapat tawaran pengajian daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Malah, Ain mendedahkan adik kembarnya itu ada memohon bantuan daripada MARA namun berlaku kesilapan teknikal ketika mengisi borang.

Asyraf Wajdi Tersentuh Dengar Kisah Pelajar, Janji Akan Hulur Bantuan

Kisah pelajar itu nyata menyentuh hati Asyraf Wajdi. Menerusi video yang dikongsikan, Asyraf Wajdi dilihat terus memberikan nombor telefon bimbitnya kepada Ain bagi menghulurkan bantuan kepada adik pelajar berkenaan.

“Luluh hati saya mendengar kisah seperti ini. Sebagai Pengerusi MARA, saya akan rasa amat berdosa jika kes-kes seperti ini MARA tak bantu.

“Terus saya bagi nombor telefon peribadi saya untuk dihubungi agar anak-anak yang bijak ini dapat dibantu.

“Berkali-kali saya peringatkan agar jangan sesekali jadikan kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menimba ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh merubah kehidupan,” katanya.

Asyraf Wajdi Doakan Mangsa Segera Sembuh

Pada masa yang sama, Asyraf Wajdi turut mendoakan agar Ain cepat sembuh dan diberi ketabahan dalam menempuh hari mendatang.

“Moga Adik Ain segera sembuh dan diberikan ketabahan untuk lalui perasaan trauma menghadapi insiden kemalangan yang cukup menyayat hati.

“Beliau ceritakan bagaimana masih terngiang-ngiang suara rakan-rakan yang mengerang kesakitan terutamanya yang duduk di sebelah bahagian kiri bas yang melanggar pembahagi jalan,” tulisnya lagi.

"Kakak lah belajar dulu, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir”

“Adik-adik saya terpaksa tolak tawaran UMK dan UniSZA kerana nak kerja dulu. Dia cakap Kakak lah belajar dulu, kami tanggung kakak. Nanti kita bergilir-gilir”, jelas adik Nur Ain Najwa sambil kelihatan air mata mengalir dari tepi kelopak matanya. Nur Ain Najwa adalah salah seorang mangsa tragedi kemalangan bas di Tasik Banding Gerik awal pagi tadi yang amat menyayat hati kita semua. Beliau anak yatim, kehilangan tempat bergantung apabila ayahnya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Itupun hanya Arwah hanya bekerja sebagai pomen di sebuah kedai baiki kereta. Ibunya pula sakit, sebelum itu ambil upah cuci rumah tetangga. Allah takdirkan pertemuan kami dalam suasana sebegini, ketika saya melawat mangsa-mangsa kemalangan di Hospital Gerik pagi tadi. Lebih menghibakan saya, mendengar kisah adik-adik kembarnya yang sanggup berkorban buat kakaknya untuk bekerja mencari nafkah hingga terpaksa menolak tawaran universiti UMK dan Unisza. “Cuba mohon MARA, tapi silap hantar borang hingga permohonan ditolak. Jadi terpaksalah mereka tolak sambung belajar!” Kata Ain. Luluh hati saya mendengar kisah seperti ini. Sebagai Pengerusi MARA, saya akan rasa amat berdosa jika kes-kes seperti ini MARA tak bantu. Terus saya bagi nombor telefon peribadi saya untuk dihubungi agar anak-anak yang bijak ini dapat dibantu. Berkali-kali saya peringatkan agar jangan sesekali jadikan kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menimba ilmu. Hanya dengan ilmu sahaja yang boleh merubah kehidupan. Moga Adik Ain segera sembuh dan diberikan ketabahan untuk lalui perasaan trauma menghadapi insiden kemalangan yang cukup menyayat hati. Beliau ceritakan bagaimana masih terngiang-ngiang suara rakan-rakan yang mengerang kesakitan terutamanya yang duduk di sebelah bahagian kiri bas yang melanggar pembahagi jalan. Ayuh rakyat Malaysia kita doakan buat semua mangsa dan keluarga mereka diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi tragedi ini. Kita turut berduka bersama mereka! #Pray4UPSI #UPSIberduka #MerakyatkanMARA #HidupBiarBerjasa #HidupKuMilikUmmah

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Monday 9 June 2025

Ramai Turut Tersentuh Dengar Kisah Pelajar, Ada Yang Kagum & Puji Cara Asyraf Wajdi Beri Bantuan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 586,000 tontonan itu nyata menyentuh hati pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh mendengar kisah pelajar itu dan adik-adiknya.

Pada masa yang sama, ada juga yang kagum dan memuji cara kepimpinan Asyraf Wajdi dalam memberikan bantuan kepada pelajar untuk menuntut ilmu.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Bukan Sahaja UPSI Berduka, Kami Semua Turut Sedih & Hiba”

image is not available

“Ini Contoh Kepimpinan Islam Sebenar, Prihatin, Bertindak Segera, Meletakkan Ilmu & Kesejahteraan Ummah Sebagai Keutamaan”

image is not available

“Ada Hikmah Adik Ni Kemalangan, Dia Jumpa Dr Asyraf Wajdi Untuk Bantu Dia & Adik-Adik Dia”

image is not available

“Terbaik Dr Asyraf, Turun Padang Menyantuni Semua Terutama Mereka Yang Memerlukan”

image is not available

Source: