Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali: Penuntut Kolej, Muhammad Hazim Didakwa Bunuh Nurfisya Zulkifly

12 May 2026 • 12:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pelajar Wanita Ditikam 61 Kali: Penuntut Kolej, Muhammad Hazim Didakwa Bunuh Nurfisya Zulkifly

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (12 Mei), seorang remaja lelaki, Muhammad Hazim Muhammad, 19, didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan atas pertuduhan membunuh seorang wanita, Nurfisya Zulkifly yang sebelum ini tular maut selepas ditikam 61 kali di Ketereh, Kota Bharu pada 30 April lalu.

Tertuduh yang merupakan seorang penuntut kolej mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Memetik Berita Harian, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian terhadap Nurfisya Zulkifly.

Perbuatan membunuh tersebut didakwa dilakukan antara 30 April jam 11.40 malam hingga 12.20 tengah malam pada 1 Mei di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh, Kota Bharu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun. Sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Baca Artikel Berkaitan: [Kemaskini] Kes Pelajar Wanita Maut Ditikam 61 Kali: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Tiada Pengakuan Direkodkan Kerana Kes Di Bawah Mahkamah Tinggi

Walaupun begitu, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Peguam, Mohd Alias Ibrahim, mewakili tertuduh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri.

Mahkamah Tetapkan 2 Julai Sebagai Tarikh Sebutan Semula Kes

Sebelum ini, Wan Azimah Yaacob telah memohon satu tarikh pengurusan kes bagi mendapatkan beberapa laporan pakar mengenai kes ini.

Susulan itu, mahkamah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes terbabit.