Pelakon AS Raquel Welch meninggal dunia

Entertainment
16 Feb 2023 • 12:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Raquel Welch meninggal dunia pada usia 82 tahun. - Foto AP

LOS ANGELES - Pelakon Amerika Syarikat Raquel Welch meninggal dunia pada usia 82 tahun, umum pihak pengurusan aktres itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Raquel Welch atau nama sebenar Jo Raquel Tejada dilahirkan pada 1940 di Chicago dan mula menceburi kerjaya seni pada tahun 1966 menerusi filem "One Million Years B.C."

Aktres itu pernah berlakon bersama aktor hebat Hollywood termasuk James Stewart, Frank Sinatra, John Huston dan Burt Reynolds

Bakatnya dalam filem komedi mendapat pengiktirafan apabila memenangi Golden Globe bagi Pelakon Komedi Terbaik menerusi "The Three Musketeers." - Bernama