Pelakon Drama ‘The Glory’ Park Ji Ah Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

30 Sep 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon veteran Korea, Park Ji-ah telah meninggal dunia pada Isnin akibat pendarahan dalam otak.

Menurut agensi, pelakon yang berusia 52 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.50 pagi di Hospital Asan, Seoul, Korea Selatan.

“Park ji-ah telah meninggal dunia pada jam 2:50 pagi akibat cerebral infarction. Kami tidak akan melupakan semangat mendiang yang sangat mencintai seni lakonan,” kata dari agensi.

 
Sementara itu, proses pengembumian mendiang bakal diadakan pada 2 Oktober jam 10 pagi nanti di rumah mayat Hospital Asan, Seoul, Korea Selatan.

Untuk maklumat mendiang Park Ji-ah pernah memegang watak sebagai ibu kepada Moon Dong-eun yang dilakokan oleh Song Hye-kyo dalam drama popular, The Glory.


Selain itu, mendiang juga turut membintangi dua buah filem yang berjudul ‘Gonjiam: Haunted Asylum’ dan ‘Dream’.

Sumber: JTBC News, The Korean Herald, KimchiDaily