Pelakon Filem The Journey, Frankie Lee Sai Peng Meninggal Dunia Di Usia 85 Tahun

5 Apr 2025 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon veteran, Frankie Lee Sai Peng, 85, yang terkenal dengan lakonannya menerusi filem The Journey dilaporkan meninggal dunia.
 

Pernah rangkul Pelakon Lelaki Terbaik FFM27

Lee Sai Peng yang merupakan teraju utama The Journey sebelum pernah merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) pada tahun 2015.


Semangat dan dedikasi mendiang terhadap dunia lakonan selamanya menyentuh hati penonton pelbagai bangsa.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by GSC (@gscinemas)

The Journey merupakan filem Cina tempatan yang dilihat cukup sukses ditayangkan di pawagam. 



Filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Woohoo Pictures Sdn Bhd itu mencipta magis apabila mengutip sehingga RM17 juta selepas 50 hari ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada tahun 2014.



Penghormatan terakhir mendiang Lee Sai Peng diadakan di Nirvana Center Shah Alam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved