Pelakon Hong Kong Cedera Terkena Durian Semasa Buat Penggambaran Di Malaysia

4 Sep 2022 • 11:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

20 tusukan durian luka di bahagian paha

Pelakon Hong Kong Cedera Terkena Durian Semasa Buat Penggambaran Di Malaysia. Pernah tak korang pergi ladang durian? Kadang-kadang mesti ada rasa risau kan kalau lalu dekat kawasan ladang takut ada buah yang jatuh dekat atas kepala.

Kali ini, seorang pelakon wanita Hong Kong Priscilla Wong cedera selepas terkena durian ketika membuat penggambaran bersama pelakon tempatan Debbie Goh di Malaysia.

Priscilla memuat naik satu video sebalik tabir penggambaran di laman instagramnya menunjukkan bagaimana insiden itu berlaku.

image is not available
Pelakon Hong Kong Cedera Terkena Durian Semasa Buat Penggambaran Di Malaysia

Dalam video itu, wanita anggun itu dilihat berdiri di kawasan hutan tepian sungai di ladang durian sambil merakam sebuah program berjudul Travel with Priscilla Wong.

Sebiji durian kemudiannya meluru ke arahnya sehingga menghentam pahanya namun Priscilla ketawa sahaja kerana tidak sempat mengelak daripada durian itu.

Katanya, kira-kira 20 luka tusukan terkena di bahagian paha akibat duri durian berkenaan.

image is not available
Luka di bahagian paha Priscilla Wong akibat terkena hentaman durian. Kredit foto: IG Priscilla Wong

Dalam video tersebut, dia turut menyebut rakan sekerjanya Debbie Goh dengan kapsyen, “Siapa yang membaling durian seperti itu!”

Di sebalik kejadian itu, kecederaan yang dialami tidaklah begitu serius dan menganggap kejadian berlaku sebagai jenaka.

image is not available
Kredit foto: IG Priscilla Wong

Durian ni dari segi luaran saja nampak garang tapi dalamnya manis berlemak. Jadi kalau lalu ladang durian tu hati-hati lah ya. image is not available

Jom kita kenali 4 jenis durian hutan yang unik boleh ditemui di Borneo:

Kali ini sumandak Sabah Tracie Sinidol pula menjuarai Dewi Remaja, jom baca di sini: