Pelakon Impian Illyana Lydia Ibtisam meninggal dunia

LocalEntertainment
23 Jul 2026 • 5:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelakon Impian Illyana Lydia Ibtisam meninggal dunia

PETALING JAYA – Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Impian Ilyana, Lydia Ibtisam, 46, disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam kisahnya keadaan kesihatannya diberitakan media tempatan.

Berita pemergian Allahyarham Lydia atau nama lengkapnya, Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab dikongsikan pelakon Mimi Ernida menerusi hantaran di Threads yang memaklumkan Lydia menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

“Assalamualaikum… Nur Ibtisam Abdul Wahab (Lydia Ibtisam) baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Penyanyi yang juga bintang Akademi Fantasia Elliza Razak turut mengesahkan berita duka itu menerusi perkongsian di InstaStory miliknya.

Terdahulu, Elliza yang juga sahabat baik Allahyarham memohon orang ramai mendoakan kesihatan Lydia yang berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi penyakit autoimun serta jangkitan kuman yang menjejaskan fungsi organ dalamannya.

Menurut Elliza, Allahyarham telah beberapa kali menerima rawatan di hospital sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Allahyarham Lydia Ibtisam dikenali menerusi lakonannya dalam drama Impian Illyana dan pernah membintangi beberapa naskhah televisyen lain sepanjang pembabitannya dalam industri seni tanah air. – KOSMO! ONLINE

The post Pelakon Impian Illyana Lydia Ibtisam meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved