Pelakon James Handy meninggal dunia selepas ditikam di Los Angeles

EntertainmentMovie
5 Jun 2026 • 6:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelakon James Handy meninggal dunia selepas ditikam di Los Angeles
James Handy. Foto sumber 20th Century Fox

PELAKON James Handy, yang terkenal dengan wataknya dalam filem 'Top Gun: Maverick', meninggal dunia selepas ditikam di rumahnya di Los Angeles, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penerbitan industri hiburan Variety melaporkan pada Khamis, dengan memetik kenyataan polis, bahawa pasukan penyelamat telah dikejarkan ke barat laut bandar raya itu pada pagi Rabu.

Polis mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa mereka menemui pelakon berusia 81 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di halaman depan rumahnya dengan kesan tikaman di dada.

Beliau dibawa ke hospital oleh paramedik dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Seorang suspek, yang dilaporkan merupakan anak kepada teman wanita mangsa, telah menyerahkan diri kepada polis di tempat kejadian.

Menurut polis, mereka menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang berkata: "Saya anak kepada seorang lelaki, saya baru sahaja membunuh seorang lelaki pendosa,"

Jurucakap kepada pelakon itu mengesahkan kematian Handy kepada Variety.

Handy memegang watak sebagai pelayan bar bernama Jimmy dalam filem aksi susulan 'Top Gun: Maverick' (2022).

Beliau juga pernah membintangi filem pengembaraan 'Jumanji' (1995). - Bernama-dpa

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved