Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol

23 Sep 2023 • 12:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jelitawan berdarah Sabah yang berbakat dalam bidang lakonan.

Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol. Pernah tular sebelum ini kerana raut wajahnya sering dikaitkan dengan selebriti terkenal Malaysia iaitu Mira Filzah, Tracie Sinidol merupakan anak kelahiran Sabah yang berbakat dalam bidang lakonan.

Tracie Sinidol juga merupakan juara pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau Tambunan sempena Pesta Kaamatan peringkat Tambunan pada 2021 serta juara Dewi Remaja pada tahun 2022.

Kini Tracie Sinidol bergiat aktif dalam kerjayanya sebagai pelakon dan sedang menerajui watak utama wanita dalam sebuah drama berepisod yang berjudul ‘Luruhnya Bunga Cinta’ di TV3.

image is not available
Pelakon Jelitawan Kelahiran Sabah, Ini Biodata Penuh Tracie Sinidol. Kredit gambar: FB Official_traciesinidol

Berikut adalah biodata Tracie Sinidol:

  • Nama: Tracie Sinidol (Berketurunan kacukan Murut dan Dusun Sabah)
  • Tarikh Lahir: 24 September 2001 (kini berusia 22 tahun)
  • Tempat Lahir: Sabah
  • Ketinggian: 159 cm
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau Dua.
  • Kerjaya: Pelakon/Model
  • Nama Bapa: Sinidol Stimin
  • Nama Ibu: Veronica Tajin
  • Keluarga: Anak kelima daripada sebelas orang adik beradik.
  • Kejayaan: Juara Unduk Ngadau Tambunan 2021, Juara Dewi Remaja 2022 dan kini aktif sebagai seorang pelakon drama serta telefilem Melayu.
  • Makanan Kegemaran: Hidangan tradisional Sabah Tuhau bersama lada putih.
  • Impian Asal: Ingin menjadi seorang guru.

image is not available
Kredit gambar: FB Official_traciesinidol

Jelitawan berbakat dalam bidang lakonan

Walaupun telah berasksi dalam beberapa drama dan telefilem seperti One Million Dollar Voice (1MDV), Puaka Cuti Semester, Diari Chinta, Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar, tahun ini merupakan kali pertama Tracie Sinidol memegang watak utama dalam drama berepisod slot Akasia saluran TV3 yang berjudul ‘Luruhnya Bunga Cinta’.

Bukan sekadar memiliki wajah jelitawan namun anak kelahiran Sabah ini juga merupakan seorang gadis muda yang berbakat dalam bidang lakonan!

Ketahui lagi jelitawan asal Borneo yang berbakat di sini: