Pelakon K-Drama Penthouse, Jo Soo Min Kongsi Foto Bercuti Ke Sabah Buat Peminat Teruja

25 May 2024 • 11:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ramai yanh teruja dengan kedatangan Jo Soo-Min ke Sabah

Pelakon K-Drama Penthouse, Jo Soo Min Kongsi Foto Bercuti Ke Sabah Buat Peminat Teruja. Jo Soo-min, yang terkenal dengan wataknya sebagai Min Seol Ah dalam drama Korea popular, Penthouse, telah menarik perhatian netizen apabila beliau berkongsi beberapa keping foto percutiannya di Sabah menerusi laman Instagram miliknya.

Pelakon muda berbakat ini memilih Kota Kinabalu sebagai destinasi percutian dan kelihatan menikmati masa lapangnya di negeri di bawah bayu tersebut.

image is not available
Pelakon K-Drama Penthouse, Jo Soo Min Kongsi Foto Bercuti Ke Sabah Buat Peminat Teruja. Sumber: Instagram

Penampilannya yang santai dan mesra berjaya menarik perhatian netizen, terutama sekali para peminatnya dari Malaysia. Gelagat beliau yang menikmati suasana percutian dengan gembira mendapat pujian ramai.

Kedatangan beliau ke Kota Kinabalu disahkan oleh pemilik sebuah gerai jus buah mangga popular di situ. Pemilik gerai tersebut turut berkongsi foto Jo Soo-min sedang membeli jus di gerainya.

Dalam kapsyennya, pemilik gerai menulis, “Joo Soo-min diam-diam ja dia datang pigi KK oh kan, cara bergambar pun macam nampak tidak di KK oh. Siapa tidak kenal dia, dia ada berlakon sebagai Min Seol Ah di Penthouse.”

image is not available

Perkongsian tersebut segera menjadi tular, dengan ribuan tanda suka dan komen daripada netizen yang teruja melihat kehadiran Jo Soo-min di Malaysia.

Ramai yang melahirkan rasa bangga dan gembira kerana Kota Kinabalu dipilih sebagai destinasi percutian oleh pelakon kegemaran mereka.

Baca lagi artikel menarik: