Pelakon Kontroversi Hafidz Roshdi Sah Nikah Dengan Kekasih, Athira Yuhada

Entertainment
16 Dec 2023 • 10:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon yang pernah dikaitkan dengan kontroversi rumahtangga, Hafidz Roshdi hari ini telah selamat bergelar suami kepada kekasih hatinya, Athira Yuhada.

Berita itu dikongsikan aktor ini sendiri menerusi satu hantaran bergambar di Instagram miliknya. Dalam hantaran yang sama, Hafidz berkongsi momen akad nikah di mana pasangan pengantin memakai sedondon serba putih.

image is not available

image is not available

Terdahulu, tersebar khabar angin mengatakan pasangan ini bakal berkahwin pada 16 Disember, Sabtu. Namun, Hafidz enggan memberi sebarang komen dan meminta media menunggu sekiranya ada berita gembira tersebut.

image is not available

Untuk rekod, pelakon ini pernah berkahwin dengan Nurul Shuhada Shukri pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jodoh tidak panjang, mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023 didakwa berpunca daripada sikap Hafidz yang berlaku curang.

Kredit: Instagram Hafidz Roshdi

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.