Pelakon Korea, Park Seo Joon Akan Bintangi Filem ‘The Marvels’ Tayangan Julai 2023

EntertainmentMovie
1 Dec 2022 • 8:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelakon Korea, Park Seo Joon Akan Bintangi Filem ‘The Marvels’ Tayangan Julai 2023

Pelakon Korea Selatan, Park Seo Joon dilaporkan akan membintangi filem adiwira terkenal The Marvels yang dijangka akan ditayangkan pada 28 Julai 2023, lapor Mothership.sg.

Penampilannya dalam filem itu diumumkan selepas syarikat Walt Disney memperkenalkan barisan pelakon untuk sekuel Captain Marvel di Pameran Kandungan Disney 2022 pada Rabu baru-baru ini.

Park merupakan pelakon Korea ketiga yang membintangi The Marvels, selepas Claudia Kim yang berada dalam Avengers: Age of Ultron (2015) dan Ma Dong Seok yang membintangi Eternals (2021), menurut laporan Soompi.

Difahamkan pelakon berusia 33 tahun itu akan berlakon bersama Brie Larson, Teyonah Parris dan Iman Vellani.

Dalam perkembangan lain, syarikat Walt Disney Asia Pasifik juga mengumumkan kerjasama mereka dengan penerbitan Jepun, Kodansha untuk memasukkan anime Jepun dalam aplikasi mereka.

Kerjasama yang diperluas itu akan merangkumi anime berdasarkan manga yang dihasilkan oleh Kodansha di mana para penonton boleh strim secara eksklusif di Disney+ dan Disney+ Hotstar.

Sehubungan itu antara yang dimasukkan dan yang boleh dinantikan oleh penonton ialah Tokyo Revengers: Christmas Showdown Arc, Gannibal, Dragons of Wonderhatch dan House of Owl.

Untuk rekod, filem The Marvels merupakan kemunculan pertama Park dalam pentas Hollywood sepanjang kariernya dalam industri seni.

Sebelum ini bintang kelahiran Korea Selatan itu pernah mencipta namanya dalam drama hits seperti She Was Pretty (2015), What’s Wrong With Secretary Kim (2018) dan Itaewon Class yang ‘memecahkan’ dunia maya pada 2020 lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved