Pelakon Legenda Star Trek & X-Men, Patrick Stewart Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

EntertainmentMovie
30 Oct 2026 • 8:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pelakon Legenda Star Trek & X-Men, Patrick Stewart Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Pelakon legenda Patrick Stewart yang terkenal sebagai Profesor X menerusi filem X-Men dan Kapten Jean-Luc Picard dalam siri Star Trek meninggal dunia pada Rabu di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada usia 86 tahun.

Berita pemergian pelakon kelahiran England itu diumumkan jurucakapnya, Kelly Bush Novak, yang memaklumkan Stewart menghidap penyakit Alzheimer dan demensia badan Lewy sebelum meninggal dunia.

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Image from: Pelakon Legenda Star Trek & X-Men, Patrick Stewart Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Menurut Kelly, Stewart menghabiskan hari-hari terakhirnya bersama keluarga dan sahabat handai dalam suasana penuh kasih sayang, ditemani alunan muzik, doa, tangisan serta gelak tawa.

"Dia sentiasa dikelilingi keluarga dan sahabat yang menyayanginya sepanjang melalui saat-saat sukar ini.

"Kami akan sentiasa mengingati ketenangan pada wajahnya, yang menjadi lambang keanggunan dirinya," katanya.

Sepanjang kerjaya seninya, Stewart mencipta nama menerusi watak Jean-Luc Picard dalam Star Trek: The Next Generation yang mula ditayangkan pada 1987 dan bertahan selama tujuh musim.

Kejayaan siri itu turut membawa kepada empat filem Star Trek yang dibintanginya, sekali gus menjadikan watak Picard antara lakonan paling diingati sepanjang kariernya.

Pada 2000, beliau mengembangkan kerjaya dalam filem adiwira menerusi watak Profesor Charles Xavier dalam X-Men, francais yang membantu membuka lembaran baharu dalam genre berkenaan.

Stewart kemudian muncul dalam beberapa filem susulan, termasuk X2: X-Men United, X-Men: The Last Stand, X-Men: Days of Future Past dan Logan.

Image from: Pelakon Legenda Star Trek & X-Men, Patrick Stewart Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Secara keseluruhan, beliau membawa watak Profesor X dalam tujuh filem dan bakal muncul semula menerusi filem Avengers: Doomsday yang dijadualkan ditayangkan Disember ini.

Pemergiannya turut mendapat perhatian rakan seperjuangan, termasuk Hugh Jackman yang pernah bergandingan dengannya dalam francais X-Men.

"Kita kehilangan seorang insan hebat dalam dunia teater dan layar perak hari ini, selain seorang sahabat dan insan yang sangat bermakna bagi saya.

"Saya banyak belajar daripadanya dan akan merindui Patrick Stewart sepanjang hayat saya," tulis Hugh menerusi Instagram.

Baca juga:

Ketua Marvel, Kevin Feige turut menyifatkan Stewart sebagai seorang pelakon yang berbakat, mesra, pemurah dan memiliki kekuatan peribadi tersendiri.

"Di luar kamera, beliau jauh lebih mengagumkan dengan selera humornya yang tajam. Satu penghormatan besar dapat mengenali dan bekerja dengannya," katanya.

Selain filem Star Trek dan X-Men, Stewart turut membintangi beberapa karya lain seperti komedi Jeffrey, filem thriller Conspiracy Theory dan filem seram Green Room.

Beliau juga menyumbangkan suara dalam filem animasi Ted dan Gnomeo & Juliet, selain karya terbaharunya, The Sheep Detectives.

Image from: Pelakon Legenda Star Trek & X-Men, Patrick Stewart Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Dilahirkan pada 13 Julai 1940 di Mirfield, Yorkshire, England, beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan Alfred dan Gladys Stewart.

Bapanya merupakan bekas anggota tentera British ketika Perang Dunia Kedua yang kemudian bekerja sebagai buruh, namun kehidupan keluarga mereka turut diwarnai pengalaman pahit.

Stewart pernah mendedahkan bahawa dunia lakonan menjadi tempat perlindungan ketika membesar dalam suasana rumah yang sukar.

"Saya menemui ruang perlindungan melalui dunia lakonan. Pentas terasa jauh lebih selamat berbanding kehidupan di rumah kerana di situ, saya boleh menjadi orang lain, di tempat dan zaman berbeza," tulisnya pada 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved