Sir Patrick Stewart, pelakon yang terkenal membawakan watak sain fiksyen Captain Jen Luc Picard dalam Star Trek dan Profesor Charles Xavier meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 86 tahun. Pengumuman dilakukan oleh ahli keluarga menerusi laman Instagram rasmi dengan kematian disebabkan oleh penyakit Alzheimer dan Lewy Body Dementia.

Stewart dilahirkan di Mirfield, Yorkshire, England pada tahun 1940 dengan penglibatan dalam dunia lakonan bermula seawal 12 tahun semasa masih di bangku sekolah. Pada usia 15 tahun beliau berhenti daripada sekolah untuk menjadi seorang wartawan muda sebelum menyertai Bristol Old Vic Theatre School pada tahun 1957.
Kerjaya awal beliau adalah dalam bidang teater dengan beliau berjaya menyertai Royal Shakespeare Company pada tahun 1966. Nama beliau mula dikenali ramai menerusi filem Dune (1984) selepas memegang watak Gurney Halleck yang diarahkan oleh David Lynch. Kemudian pada tahun 1987 beliau memegang watak ikonik Kapten Jean Luc Picard dalam siri TV Star Trek The Next Generation selama 7 musim. Beliau kembali memegang watak ini dalam beberapa filem Star Trek dan siri Picard beberapa tahun lalu.
Tidak cukup dengan satu watak ikonik, beliau kemudian memegang pula watak Profesor Charles Xavier dalam filem adaptasi komik X Men pada tahun 2020. Watak ini dipegang oleh beliau sebanyak 9 kali dalam filem dunia Fox dan Marvel Cinematic Universe. Kematian mengejut beliau menjadikan Avengers: Doomsday yang ke layar perak Disember depan filem terakhir dibintangi beliau.


