Pelakon Legenda, Wahid Satay Meninggal Dunia

22 May 2023 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Berita mengenai pemergian Wahid Satay telah dikongsikan oleh aktres popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud menerusi akaun Instagram beliau. - Gambar Instagram

Pelakon legenda, Wahid Satay atau nama sebenarnya Abdul Wahib Ahmad, 93, telah menghembuskan nafas terakhir di Singapura kira-kira jam 8 pagi.

Berita pemergiannya telah dikongsikan oleh pelakon popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud menerusi hantaran di Instagram.

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan dunia seni telah kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, seniman Wahid Satay yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi sekitar jam 8 pagi,” tulisnya.

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, teman rapat arwah telah mengesahkan tentang pemergian Wahid. Namun tidak dapat memastikan punca kematian. 

Sebelum ini, arwah diketahui sudah uzur dan berada dalam keadaan yang lemah akibat sakit tua.

Sepanjang bergelar anak seni, arwah pernah membintangi filem-filem popular seperti Pontianak Gua Musang, Naga Tasik Chini, Jula Juli Bintang Tujuh, dan Pontianak Harum Sundal Malam. 

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah. - Getaran, 22 Mei 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved