Seniman Wahid Satay meninggal dunia

22 May 2023 • 11:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Allahyarham Wahid Satay

PELAKON dan pelawak veteran terkenal, Wahid Satay, 93, meninggal dunia di kediamannya di Singapura, jam 8 pagi Isnin.

Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh beberapa seniman lain di laman Facebook yang turut memaklumkan jenazah boleh dilawati buat kali terakhir di Teban Gardens Road, Teban View, Singapura.

Teman rapat Allahyarham iaitu Rusedah Tawahid berkata, keadaan kesihatan Allahyarham sebelum ini memang agak lemah disebabkan sakit tua.

“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia di kediamannya di Eunos Crescent, pagi ini. Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua,” katanya seperti dilaporkan media.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Pusara Aman sekitar jam 4 petang hari ini.

Ketika hayatnya, Allahyarham Wahid atau nama sebenarnya Abdul Wahid Haji Ahmad telah membintangi puluhan filem seperti Pontianak pada tahun 1957, Serangan Orang Minyak (1958), Rasa Sayang Eh (1959), Pak Pandir Moden (1960), Sri Mersing (1961), Badang (1962), Tiga Botak (1965) dan banyak lagi. - Sinarplus

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved