Pelakon Lelaki Didakwa ‘Sindir’ Fazura Undang Kecaman

EntertainmentLifestyle
4 Aug 2025 • 12:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia nabil Aqil Fazura

Baru nak naik, dah timbul kontroversi! Nama pelakon baharu, Nabil Aqil kini menjadi bualan hangat selepas muat naik satu hantaran sindiran yang dikaitkan dengan selebriti popular, Fazura.

Menerusi Instagram Story, Nabil dilihat  menyamakan individu yang dimaksudkan dengan pelakon Hollywood yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi dan isu peribadi, Amber Heard.

Peminat Fazura bengang!

image is not available

Hantaran tersebut membuatkan peminat Fazura tampil mempertahankan aktres kesayangan mereka dan mengecam tindakan Nabil yang dianggap tidak profesional.

Tak payah sibuk nak naik nama guna kontroversi. Belajar berlakon dulu!

Ada juga yang menyindir Nabil kononnya cuba menumpang populariti artis senior untuk dikenali dalam industri.

Padam komen tapi kecaman terus berdentum

image is not available

Walaupun Nabil didakwa memadam beberapa komen berkaitan isu itu di Instagram, namun netizen tetap menyerang ruangan komen dengan pelbagai kecaman.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Fazura atau Nabil berhubung isu ini.

Pssttt! Populariti tak datang dengan sindiran. Dalam industri hiburan, bakat dan adab lebih penting daripada kontroversi murahan.

Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.