Pelakon lelaki ditahan positif dadah

LocalEntertainment
29 Jan 2026 • 8:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek berusia lingkungan 40an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan pada Rabu. Foto hiasan

SHAH ALAM - Seorang pelakon lelaki ditahan selepas dipercayai positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas lebih lanjut berkaitan penahanan suspek terbabit.

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan pada Rabu.

Suspek direman difahamkan untuk siasatan di bawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.