Pelakon lelaki positif dadah dibebaskan

LocalEntertainment
29 Jan 2026 • 11:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai seorang pelakon lelaki ditahan selepas dipercayai positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan pada Rabu.
image is not available
Shazeli

SHAH ALAM - Pelakon lelaki yang ditahan sebelum ini dipercayai positif dadah dibebaskan pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut berkaitan siasatan yang dijalankan setakat ini.

**media[3417963]**

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40-an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan pada Rabu.

Difahamkan, suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 berikutan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah.