PELAKON dan penulis komik veteran Robbie Coltrane yang terkenal dengan watak Rebeus Hagrid dalam francis filem Harry Potter meninggal dunia di sebuah hospital di Scotland pada Jumaat.
Berita kematian bintang kelahiran Scotland itu disahkan olehnya ejennya, Belinda Wright.
“Teman saya, Robbie Coltrane meninggal dunia pada Jumaat, 14 Oktober.
Secara peribadi, saya akan mengingatinya sebagai aktor yang luar biasa dan seorang yang sangat cerdas. Saya akan merindukannya,” ujarnya kepada BBC News.
Punca sebenar kematian Coltrane atau nama sebenarnya Anthony Robert McMillan, 72, tidak didedahkan, namun beliau sebelum ini dilaporkan pernah menderita sakit sendi sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.
Ketika hayatnya, beliau yang pernah mencipta rekod Guinness Book of Records kerana memenangi anugarah Pelakon Lelaki Terbaik di BAFTA sebanyak tiga kali berturut-turut pada 1994, 1995 dan 1996.
Selain Harry Potter, beliau turut dikenali menerusi watak Valentin Zukovsky dalam filem James Bond: Golden Eye pada 1995.
Coltrane meninggalkan isteri, Rhona Gemmell dan dua anak iaitu Spencer dan Alice.
The post Pelakon Robbie Coltrane meninggal dunia appeared first on Sinar Plus.


