
Semalam, peminat filem Harry Potter telah dikejutkan dengan berita kematian seorang pelakon dalam siri filem tersebut iaitu Robbie Coltrane.
Robbie Coltrane yang meninggal pada usia 72 tahun ini telah melakonkan watak Hagrid di dalam filem Harry Potter itu.

Menurut CNN, sebab kematiannya masih tidak didedahkan kepada umum.
Selain filem Harry Potter, pelakon yang berasal dari Scotland itu juga terkenal dengan watak dalam drama bersiri British iaitu Cracker dan filem James Bond, GoldenEye dan The World Is Not Enough.
Daniel Radcliffe iaitu pelakon watak Harry Potter menyifatkan Robbie Coltrane sebagai salah seorang yang paling kelakar yang pernah ditemuinya.

Saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang bertemu dan bekerja dengannya dan sudah tentu saya sangat sedih mendengar berita ini kerana dia juga merupakan seorang pelakon yang hebat,” katanya.
Penulis novel Harry Potter iaitu J.K Rowling juga menyifatkan pelakon watak Hagrid itu sebagai seorang yang berbakat besar menerusi Twitter.
I'll never know anyone remotely like Robbie again. He was an incredible talent, a complete one off, and I was beyond fortunate to know him, work with him and laugh my head off with him. I send my love and deepest condolences to his family, above all his children. pic.twitter.com/tzpln8hD9z
— J.K. Rowling (@jk_rowling) October 14, 2022
Manakala Emma Watson yang membawa watak Hermione Granger pula berkongsi di Instagram bahawa Coltrane diibaratkan seperti bapa saudaranya sendiri.
Sumber: CNN
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

