“Sepadan Sangat!” – Makin Popular Kini, Peminat Nak Tengok Kim Hyeyoon Bergandingan Dengan Pelakon Lelaki Ini

Entertainment
10 May 2024 • 2:19 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kim Hye-yoon kini semakin terkenal disebabkan oleh lakonannya sebagai Im Sol dalam “Lovely Runner”.

Selepas lakonannya dalam “Lovely Runner” dipuji oleh penonton di media sosial, peminat mula berharap agar Kim Hye-yoon akan digandingkan dengan pelakon muda yang lain buat dramanya yang akan datang.

Memandangkan Kim Hye-yoon dilahirkan pada tahun 1996, ramai yang merasakan bahawa pelakon itu sesuai untuk bergandingan dengan pelakon lelaki kelahiran 1997 iaitu Lee Jun-young.

Rata-rata netizen di Korea juga bersetuju dengan gandingan tersebut dan ramai percaya bahawa kedua-dua pelakon itu sesuai untuk memegang watak sebagai pasangan dalam drama bergenre romantik.

image is not available

Antara komen netizen,

  • Saya setuju Kim Hye-yoon dengan Lee Jun-young!
  • Mereka sepadan sangat!
  • Saya akan lakukan apa sahaja untuk lihat mereka bergandingan!
  • Bayangkan mereka berlakon dalam drama romantik bersama-sama.. Mesti seronok!
  • Visual Kim Hye-yoon dan Lee Jun-young sangat serasi!

Korang setuju ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.