Pelakon Space Cop Gaban, Kenji Ohba Meninggal Dunia

LocalEntertainment
8 May 2026 • 11:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dukacita dimaklumkan, Kenji Ohba pelakon watak utama siri Space Sheriff Gavan (Uchû keiji Gyaban) atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Polis Angkasa Gaban meninggal dunia pada 6 Mei yang lalu. Ohba meninggal dunia pada usia 72 tahun tetapi sebab kematian beliau tidak didedahkan dan kematian hanya diumumkan lewat malam semalam. Tetapi pada tahun 2018, beliau dilaporkan rebah di rumah kerana serangan angin ahmar.

image is not available

Selepas tamatnya siri Gaban, Kenji Ohba terus berlakon dalam siri TV di Jepun. Pada tahun 2012 beliau kembali memakai baju zirah Gaban dalam filem Kaizoku sentai Gôkaijâ vs Uchuu keiji Gyaban the Movie dan Uchû keiji Gyaban: The Movie. Beliau turut meminjam suara dalam permainan video Gaban. Dalam filem biasa, beliau muncul dalam Kill Bill : Vol 1 dan Kill Bill : Vol 2 sebagai pembantu Hattori Hanzo lakonan mendiang Sonny Chiba.

Walaupun siri Gaban hanya bersiaran selama dua tahun antara 1982-1983 merangkumi 44 episod, impak watak polis angkasa yang menentang Sindiket Jenayah Maque ke atas budaya popular dapat dilihat sehingga ke hari ini. Terma “Gaban” sebagai ganti nama hebat, gah dan berkuasa masih lagi digunakan dalam Bahasa Melayu walaupun siri ini kali terakhir ditayangkan lebih 30 tahun lalu di Malaysia. Malahan saya berani bertaruh semasa anda membaca laporan ini lagu tema Gaban sedang bermain dalam kepala anda.

image is not available

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa berita kematian Kenji Ohba dilaporkan dalam sebuah laman berita teknologi? Jawapannya mudah. Bagi Generasi X dan Generasi Milenial, Gaban ialah pengenalan kepada siri Metal Hero oleh Toei yang kemudiannya membuka pintu kepada tayangan siri Kesatria Baja Hitam (Mask Rider Black) dalam genre Action Kamen dan seterusnya Flash Man dalam genre Super Sentai

Dalam semua siri yang diterbitkan Toei, watak utama menggunakan teknologi robot gergasi, siber, angkasa lepas, dan senjata futuristik bagi menghapuskan musuh setiap minggu. Ini berbeza sekali dengan genre Ultraman yang hanyalah manusia menjadi adiwira gergasi menentang Kaiju.

Terima kasih Kenji Ohba untuk memori lucu sanggup ponteng sekolah agama petang semata-mata untuk menonton Polis Angkasa Gaban. Semoga terus bertarung memusnahkan musuh dengan aksi Gaban Z potong dua dalam masa 0.05 saat di Ruang Angkasa Setan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved