Pelakon Tampan Kelahiran Sarawak, Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

6 Sep 2024 • 1:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hun Haqeem Tidak Meletak Kriteria Ketat, Wanita Pandai Masak Bonus Buatnya

Pelakon Tampan Kelahiran Sarawak, Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati. Pelakon kelahiran Sarawak, Hun Haqeem, baru-baru ini berkongsi mengenai ciri-ciri wanita yang mampu menambat hatinya sebagai calon isteri.

Menurut Hun, dia lebih tertarik kepada wanita yang pandai memasak, dan menganggap ia sebagai satu bonus kerana dirinya juga meminati aktiviti memasak.

image is not available

Hun Haqeem Kongsi Rahsia Wanita Pilihan Hati

“Bagi saya, jika wanita itu pandai memasak, ia satu kelebihan kerana saya sendiri suka memasak,” ujarnya dalam satu temu bual bersama media tempatan.

Namun begitu, Hun menegaskan bahawa dia tidak meletakkan sebarang syarat atau ciri-ciri yang khusus dalam memilih pasangan hidup. Baginya, yang lebih penting adalah keikhlasan hati wanita tersebut dalam menerima dirinya seadanya.

“Sebenarnya, saya tidak mempunyai kriteria tertentu dalam memilih jodoh. Bagi saya, selagi wanita itu ikhlas, baik, dan jujur dengan dirinya sendiri, itu sudah memadai,” tambahnya.

Selain itu, Hun juga pernah menyatakan bahawa Daiyan Trisha merupakan selebriti pujaannya. Mereka pernah bergandingan bersama dalam sebuah drama adaptasi daripada Korea pada tahun lalu.

Baca juga artikel menarik di bawah: