Pelakon Tengah Nak ‘Up’ Ditangkap Khalwat Dengan Gadis Bawah Umur?

Entertainment
19 Aug 2022 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dikhabarkan, seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dikatakan telah ditangkap khalwat dengan gadis bawah umur.

Memetik laporan dari Boom, pelakon lelaki ini dikatakan suka mengambil barang terlarang sehingga lalok di set penggambaran dan sikapnya ini memang telah diketahui oleh rata-rata warga industri hiburan.

Dia ni kaki perempuan, kaki rogol orang.” – Sumber

image is not available

Bukan itu sahaja, pelakon ini juga dikatakan merupakan seorang kaki perempuan dan baru-baru ini terpaksa bermalam di lokap selepas ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur dan seterusnya berhadapan dengan dakwaan rogol.

Selepas menghabiskan satu malam di lokap, pelakon ini telah diikat jamin oleh rakannya yang juga seorang selebriti terkenal.

Lebih memeranjatkan, pelakon ini juga merupakan suami orang namun disebabkan perangai yang “kaki perempuan” itu, dikhabarkan isterinya tidak lagi dapat menahan derita dan telah pun menuntut cerai.

Siapalah agak-agaknya pelakon tu ya? Harap isterinya terus kuat dan bertabah…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.