Pelakon Terkenal Song Jae Rim Meninggal Dunia Pada Usia 39 Tahun

WorldEntertainment
12 Nov 2024 • 6:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pelakon Terkenal Song Jae Rim Meninggal Dunia

SEOUL — Pelakon Korea Selatan, Song Jae-rim dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun, lapor Koreaboo.

Menurut media tempatan melaporkan, Jae-rim ditemui sudah tidak bernafas pada tengah hari tadi.

Balai Polis Seongdong mengesahkan bahawa Song Jae Rim ditemui mati di apartmennya di Daerah Seongdong.

Menurut jurucakap, mangsa ditemukan bersama sepucuk surat di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Setakat ini, masih tiada maklumat lanjut yang dikeluarkan oleh agensi mengenai punca kematiannya.

Dalam pada itu, proses pengebumian mendiang akan dilangsungkan pada Khamis ini.

Biodata Song Jae-rim

Untuk makluman, Song Jae-rim dilahirkan pada tahun 1985. Mendiang memulakan debut dalam industri seni menerusi filem Actresses pada 2009.

Namanya semakin dikenali ramai apabila pernah membintangi beberapa drama Korea (K-drama) popular seperti The Moon Embracing the Sun, Our Gabsoon dan We Got Married, Two Weeks, Unkind Ladies, dan yang terbaru Queen Woo.

Sumber: Koreaboo, Soompi