Song Jae Rim Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun

12 Nov 2024 • 6:34 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Korea, Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
 

Meninggal dunia usia 39 tahun

 

Menurut laporan OSEN, Jae Rim ditemui mati sekitar tengah hari tadi.

Difahamkan majlis pengebumian Jae Rim akan diadakan di rumah pengebumian Yeouido Holy Dare.

 Jae Rim memulakan kerjayanya sebagai seorang model fesyen dan memasuki dunia lakonan dengan filem Actresses pada tahun 2009.

Bakatnya semakin mendapat perhatian selepas membintangi beberapa antaranya Moon Embracing the Sun, Handsome Ramen Shore, Lord's Sun dan Age of Emotion: The Birth of the Devoltion'.

 

Pada tahun 2014, Jae Rim muncul dalam program realiti We Got Married bersama aktres, Kim So-eun.

Tahun ini, Jae Rim membuat persembahan di pentas teater menerusi muzikal Rose of Versailles, Queen Woo.