Pelakon Veteran Bollywood Maut Dipukul Anak Gara-Gara Gaduh Pasal Harta

Entertainment
12 Dec 2022 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor maut dibunuh anak lelakinya sendiri selepas berlakunya satu pergaduhan.

Memetik laporan Berita Harian, mayat Veena telah dibuang oleh suspek ke dalam sungai yang terletak berhampiran dengan Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Meninggal dunia akibat dipukul

Menurut sumber lagi, pelakon veteran berusia 74 tahun itu telah dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas pergaduhan itu.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, anaknya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat itu mengaku membunuh ibunya sendiri disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.

image is not available

Suspek, Sachin Kapoor, 43, telah ditahan bersama seorang lagi individu yang bersubahat dengannya, Lalu Kumar Mandal, 25.

Sebelum ini, kehilangan aktres itu mula dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.

image is not available

Veena Kapoor pernah terbabit dalam drama ‘Bhabhi’ yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008. Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.