“Pelakon Veteran Melayu Pun Dah Tak Banyak Dapat ‘Job’, Apatah Lagi Saya…” – Chew Kin Wah Sedar Diri Sudah Tua, Lebih Banyak Luang Masa Dengan Keluarga

EntertainmentLifestyle
14 Jan 2025 • 3:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon veteran, Chew Kin Wah akui faktor usianya menjadi salah satu punca dia kurang menerima tawaran berlakon seperti sebelum ini.

Menurut Astro Gempak, dia menganggap ia sebagai satu perkara yang biasa kerana sudah pasti tawaran berlakon dalam filem dan drama berbahasa Melayu lebih terhad.

image is not available

Kalau tak fasal saya berusia pun memang tak banyak tawaran berlakon sebelum ni. Inikan sekarang saya sudah tua, lagi lah tak banyak.

 

Pelakon veteran Melayu pun sudah tak banyak dapat tawaran apatah lagi saya yang berbangsa Cina ni.

image is not available

Dia memberitahu dia sentiasa bersikap positif dengan situasi yang dilaluinya dan menganggap sudah tiba masanya dia lebih banyak berehat.

Umur saya dah 60 tahun, usia orang bersara. Bila tiada kerja, saya biasanya duduk di rumah sahaja bersama keluarga.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 23 hours ago

“Saya Memang Sedang Bercinta Dan Bahagia, Akan Bernikah Dalam Masa Terdekat” - Jofliam