Pelakon Wanita Berstatus Janda Didakwa Berhijrah Sebab Permintaan Teman Lelaki

Entertainment
2 Dec 2022 • 1:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Suatu ketika dahulu pernah muncul satu isu mengenai seorang pelakon wanita yang membawa imej yang seksi dan akhirnya telah tampil berhijrah menutup aurat.

Namun, ada sumber yang mengatakan bahawa penghijrahan pelakon itu adalah disebabkan oleh permintaan kekasih yang baharu, eh betul ke?

Permintaan kekasih

image is not available

Terdapat sumber yang menyatakan bahawa penghijrahan imej tersebut adalah disebabkan oleh permintaan kekasihnya yang kini.

Ngam-ngam selepas gambar mereka berdua tular, masa itulah ramai sedar banyak entri di media sosialnya semakin berkurangan, sama ada dipadam atau disimpan. Dan percayalah, penampilannya yang sopan menutup aurat itupun adalah atas permintaan kekasih baharunya. – sumber

Sebelum ini, pelakon wanita itu telah berpisah dengan bekas suaminya dan tidak mendedahkan punca keretakan rumah tangga mereka.

Pelakon itu dilihat telah muncul dalam satu drama bersiri sebelum menjalinkan hubungan cinta dalam diam dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang pelakon.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media