Pelakon wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual: Polis rakam keterangan enam individu

LocalEntertainment
24 Nov 2026 • 4:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelakon wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual: Polis rakam keterangan enam individu
Fadil Marsus.

KUALA LUMPUR - Seramai enam individu telah dirakam keterangan susulan dakwaan pelakon wanita menjadi mangsa gangguan seksual pelakon lelaki ketika sesi penggambaran sebuah drama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya telah merakam keterangan enam individu termasuk pengadu dan suspek

"Selain itu, kita juga telah merakam keterangan tunang pengadu yang juga pembantu peribadinya, pengarah dan dua saksi iaitu jurukamera bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Fadil berkata, pihaknya akan merakam keterangan kira-kira 25 saksi yang juga kru penggambaran.

"Mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan secara berperingkat dan mengikut kesesuaian masa memandangkan kru penggambaran telah bertugas dengan produksi lain," katanya.

Pada Sabtu, media melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan susulan dakwaan pelakon wanita itu.

Ia susulan pelakon itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 19 November.

Menurut sumber, difahamkan kejadian itu berlaku sekitar Ogos lalu selepas dia menerima tawaran berlakon drama terbabit bersama pelakon lelaki itu.

Fadil dilaporkan berkata, polis menerima laporan itu dan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pelakon lelaki terbabit yang terpalit dengan dakwaan salah laku di set penggambaran turut membuat laporan polis dengan disusuli tindakan undang-undang.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), pengurus pelakon itu memaklumkan pihak pengurusan memandang serius isu terbabit dan dakwaan yang diperkatakan terhadap artis di bawah kendaliannya.

Menurutnya, pelakon berkenaan menafikan sebarang salah laku di set penggambaran seperti didakwa kerana sentiasa mengamalkan sikap profesionalisme.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved