Pelakon Wanita Dedah Sudah Bercerai Secara Taklik Lepas Suami Minum Ketum

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 10:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
suami ketum

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, seorang pelakon wanita mendedahkan dia sebenarnya sudah berpisah dengan suami sejak tahun lalu.

Jelasnya, perpisahan berlaku secara taklik apabila bekas suami melanggar syarat meminum ketum. Dia terpaksa memberitahu umum kerana bekas suami didakwa memutar belit cerita.

Namun katanya, dia masih memberi peluang kepada bekas suami untuk berubah tetapi peluang itu disia-siakan.

Status saya yang sebenar adalah saya sudah diceraikan pada tahun lepas lagi oleh bekas suami saya melalui cerai taklik, cerai bersyarat di mana jatuhlah talak jika dia meminum ketum.

Dia perlu bersuara kerana timbul salah faham sehingga terjadinya kejadian pukul akibat campur tangan pihak lain.

Saya dah penat simpan. Saya hormat dia selama ni sebab tu saya masih tak buka aib dia sehingga kejadian dia membenarkan saya dipukul & dikurung. Sedikit pun dia tak mengatakan hal yang sebenar mahupun membela saya.

Pelakon yang merupakan pempengaruh media sosial ini berkata mereka tidak rujuk dan dia perlu keluar bekerja untuk menanggung komitmen yang ada.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Mimie Ara