Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”

3 Oct 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Konflik rumah tangga Jofliam semakin rumit apabila pempengaruh dan usahawan mendedahkan dia sudah melafazkan taklik terhadap isterinya, Cik Epal.

Keputusan mahkamah

Bagaimanapun, Cik Epal ketika dihubungi Gempak memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan masih menunggu keputusan mahkamah mengenai status rumah tangga mereka.

 

Menurut Cik Epal yang juga seorang blogger terkenal berkata dia akan berkongsi lebih lanjut selepas mendapat pengesahan dari mahkamah.

 

“Minta maaf banyak. Buat masa sekarang saya tak nak bagi statement lagi. Sebab saya tak mahu mendahului keputusan mahkamah.

 

“Kalau dah sah nanti saya maklumkan,” kongsi Cik Epal kepada Gempak.

Kunci mulut

Ketika ditanya mengenai perkongsian Jofliam yang mendakwa dia adalah ‘mastermind’, Cik Epal bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut.

Terdahulu, Jofliam berkongsi paparan skrin memperlihatkan Cik Epal membalas komen-komen netizen dengan emoji ‘love’ dan api.

 

Menerusi laporan Gempak pada Rabu, Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved