Rumusan Artikel
Tisha Shamshir memohon maaf kepada Datuk Yusof Haslam dan keluarganya susulan kes yang sedang dibicarakan.
Tisha meminta netizen tidak terburu-buru menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.
Pelakon itu mengakui kontroversi berkenaan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerjayanya.
Mahkamah menetapkan 10 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pelakon Gerak Khas 2.0, Tisha Shamshir memohon maaf kepada penerbit, Datuk Yusof Haslam susulan kes dadah yang sedang dibicarakan di mahkamah dan didakwa menjejaskan kredibiliti pengarah terkenal itu.
Tisha atau nama sebenarnya, Shanorbiah Shamsir Alam, 40, turut memohon maaf kepada keluarganya dan berharap diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian berkenaan.
Advertisement
Kosmo Online “Saya ingin memohon maaf kerana saya sedar perkara ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik majikan saya, Datuk Yusof Haslam.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada keluarga saya. Saya doakan yang terbaik sahaja.
“Apa pun, ujian daripada Allah itu memang hebat, memang berat. Saya terima dengan hati terbuka dan harap saya kuatlah,” katanya.
Tisha bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai prosiding kes dan meminta ruang untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan. Maaf, saya minta maaf. Saya cuma nak menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya.
Minta Netizen Tidak Terburu-buru Menghukum
Dalam pada itu, Tisha meminta orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar.
HARIAN METRO “Apa yang boleh saya katakan di sini, kita semua manusia biasa. Kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan atau kekhilafan.
“Saya minta netizen di luar sana janganlah terlalu cepat untuk menghukum seseorang,” katanya.
Ditanya mengenai kesan kontroversi tersebut terhadap kerjayanya, Tisha mengakui perkara itu sedikit sebanyak memberi impak terhadap perjalanan profesionalnya sebagai pelakon.
“Sedikit sebanyak memang ada,” katanya.
Hari ini, Tisha hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8.10 pagi untuk sebutan semula kes. Mahkamah kemudian menetapkan 10 November depan sebagai tarikh sebutan semula.
Sebelum ini, Tisha ditahan pada 7 Julai bersama beberapa individu lain di sebuah bilik VIP di sebuah pusat hiburan di ibu negara dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Tisha kemudian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 10 Julai lalu. Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Ucap Terima Kasih Kepada Ruhainies, Respon Bella Astillah Di Status Undang Perhatian Ramai
The post Pelakon Wanita Mohon Maaf Kepada Datuk Yusof Haslam Kerana Cemar Nama Baik – “Saya Manusia Biasa” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





