Pelakon wanita, suami turut disiasat tipu tawaran darjah kebesaran ‘Datuk’

LocalPolitics
8 Mar 2026 • 3:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SEREMBAN - Pelakon wanita dan suami yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah, kini disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri yang tidak wujud melibatkan kerugian RM23,120.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 18 Dis tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk”.

“Dia kemudian membuat transaksi pembayaran sebanyak enam kali bermula Januari hingga November 2025 membabitkan jumlah tersebut sebelum menyedari ditipu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelakon berkenaan dan suaminya, direman tiga hari sebelum disambung sehari lagi hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.- 8 Mac, 2026

The post Pelakon wanita, suami turut disiasat tipu tawaran darjah kebesaran ‘Datuk’ appeared first on Scoop.