Pelaksanaan Caj Transaksi Bayaran DuitNow QR Tidak Akan Beban Golongan Berpendapatan Rendah – PM

29 Sep 2023 • 7:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, kami ada melaporkan bermula pada 1 November pengguna DuitNow QR akan dikenakan caj.

Perkara itu disahkan pengendali QR Duit Now, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menerusi satu kenyataan.

Namun menurut PayNet, merchant discount rate (MDR) atau caj kadar diskaun pedagang itu yang dikenakan kepada vendor atau ‘peniaga’ bukanlah satu perkara yang baharu.

Sebaliknya ia diketepikan (waiver) dan diberi pengecualian bagi sewaktu mekanisme pembayaran berkenaan diperkenalkan pada 2019 bagi menggalakkan orang ramai menggunakannya.

Walau bagaimanapun caj itu akan dikenakan kepada vendor atau peniaga dan juga kepada individu yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit serta debit.

Tidak lama kemudiannya beberapa bank termasuk Maybank, CIMB, dan RHB mengumumkan akan melanjutkan pengecualian berkenaan.

Pun begitu ada yang merasakannya ianya tidak lama dan pastinya akan memberikan implikasi selepas ditarik semula.

PM jelaskan pelaksanaan caj transaksi DuitNow QR tak beban golongan berpendapatan rendah

Terbaharu Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat pelaksanaan itu tidak akan menjejaskan golongan yang berpendapatan rendah.

Anwar berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour semalam (28 September) berhubung pelaksanaan itu.

Caj tak dikenakan kepada golongan berpendapatan rendah

“Saya berbincang dengan Gabenor BNM semalam (Khamis).

“Mengikut dia, penjelasan yang diberikan (ialah yuran transaksi) tidak akan dikenakan kepada golongan bawahan.

“Yang penting, tidak bebankan golongan berpendapatan rendah,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Mengulas mengenai desakan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk menghapuskan yuran transaksi berkenaan, Anwar berkata, perkara itu perlu ditangani BNM.