
Kota Kinabalu: Pelaksanaan Pelan Rangkaian Digital Nasional (Jendela) yang membabitkan peruntukan kerajaan untuk memasang infrastruktur digital di Sabah akan selesai hujung 2025.
Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Harun Durabi berkata peruntukan kerajaan untuk Jendela melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dan pelaburan komersial oleh penyedia perkhidmatan terlibat dianggarkan berjumlah RM4.2 bilion.
Sehingga suku pertama 2023, beliau berkata dianggarkan RM2.9 bilion telah dibelanjakan untuk projek Jendela di negeri ini manakala selebihnya dalam peringkat pelaksanaan.
