
TM telah menyelaraskan harga pelan jalur lebar tetap Unifi baru-baru ini. Perkara ini telah membawa kepada penyelarasan harga penyedia perkhidmatan lain apabila CelcomDigi turut mengumumkan perkara yang sama.
Mulai 13 Oktober 2023, harga pelan CelcomDigi Fibre telah diselaraskan dan menjadi lagi murah, seperti berikut:
- CelcomDigi Fibre 50Mbps
RM90RM85/bulan - CelcomDigi Fibre 100Mbps
RM130RM99/bulan - CelcomDigi Fibre 300Mbps
RM150RM139/bulan - CelcomDigi Fibre 500Mbps
RM219RM159/bulan - CelcomDigi Fibre 800Mbps
RM299RM249/bulan - CelcomDigi Fibre 1Gbps
RM319RM289/bulan
Berbanding Unifi yang mengubah pelan terendah kepada 100Mbps, CelcomDigi masih mengekalkan pelan 50Mbps sebagai tawaran termurah. Semua pelan akan turut disertakan Router WiFi 6 dan kontrak selama 24-bulan.
Jimat lebih dengan pacsabayar Celcom/Digi
Harga pelan CelcomDigi Fibre boleh menjadi lebih murah jika anda pengguna pelan pascabayar Celcom atau Digi, tawaran yang serupa dengan sebelum ini. Diskaun sebanyak RM10 diberikan untuk pelan Fibre 50Mbps hingga 500Mbps. Manakala diskaun RM20 bagi pelan 1Gbps. Bagaimanapun, tiada diskaun untuk pelan 800Mbps.
Berikut adalah harga pelan CelcomDigi Fibre untuk pengguna pascabayar Celcom atau Digi sedia ada:
- CelcomDigi Fibre 50Mbps RM75/month (rebat RM10)
- CelcomDigi Fibre 100Mbps RM89/month (rebat RM10)
- CelcomDigi Fibre 300Mbps RM129/month (rebat RM10)
- CelcomDigi Fibre 500Mbps RM149/month (rebat RM10)
- CelcomDigi Fibre 800Mbps RM249/month (tiada rebat)
- CelcomDigi Fibre 1Gbps RM269/month (rebat RM20)
Tetapi ada satu tawaran yang lebih menarik tetapi khusus untuk satu pelan sahaja. Pelanggan pelan pascabayar Celcom atau Digi sedia ada berharga RM60 dan ke atas, boleh mendaftar pelan Fibre 300Mbps dan mendapat 6-bulan langganan percuma. Selepas tamat 6-bulan, diskaun RM10 akan diberikan sehingga bulan ke-24. Ini menjadikan purata sepanjang 24-bulan kepada RM97/bulan, seperti dalam gambar di atas.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web CelcomDigi Fibre.

